bla bla bla

Thursday, 18 October 2012

Sejuta Keinsafan

              

Saatku teroka diriku
Menerobos urat dan nadi kehidupan
Akal sedar membawa khabar
Beburung senja telah mengajak pulang
Dalam realiti usia meniti
 
Tanpa kusedari
Kolam rasaku sebu
Lalu manik-manik gerimis menitis
Kesalahan demi kesalahan berlapis
Apakah masih ada ruang
Pintu taubat terbuka
Kerana jalan ke syurga
Terlalu banyak ranjaunya
Sedang kuncinya tiada
Hilang dalam lautan dosa
 
Hanya rahmatMu kupinta
Bila sejuta keinsafan melanda
Dalam runtunan doa
                 

No comments:

Post a Comment